Showing posts with label JOM MASAK. Show all posts
Showing posts with label JOM MASAK. Show all posts

Wednesday, 11 June 2014

Ayam Percik

Alhamdulillah...dapat memasak lagi kali ni...ayam percik...

Ayam Percik

Tuesday, 4 December 2012

CHEESE KEK

yang ni ciss kek...first time buat..rasa mmg menjadi tp nampak cam x berapa nak gebu..huhuhu....anyway rasa mmg serupa...Bye bye Secret resepi...i dah pandai buat kek sendiri...heheheh..ni pon copy paste dari internet n pandai2 ubah sendiri...janji sedap kan.. :)

CHEESE KEK

Bahan bahan :
 
250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 bj telur
3 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt ( suka hati le kalau nak perisa lain)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
3 sudu besar mentega
jem blueberry

Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila

3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
Nak buat kerak/crust

Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi.
Untuk bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, 
cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.

{tapi saya x tutup..jadi kek agak kering bahagian atasnya..tp x pe..boleh cover dgn blueberry jem..}

Tuesday, 27 November 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Blueberry Cheese Tart
  

 Tart Crust/Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak selama 15 minit.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
  5. Untuk hiasan atas tart: Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. 
  6. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.



kali ni buat Ciss tart versi blue berry...resepi macam biasa cedok dari belog org lain...bayak resepi yang saye amik..tapi seriously yang ni mmg menjadi & sangat sedap...cume x ambik banyak gambar...ambik sikit je...
makenye nampak la  bahagian yang hangit ituw...hihihi...tp x pe la..ni first time punye yang menjadi dari yang lain-lain kan...fillingnya terbanyak sangat...so pengajaran dari ini....
* jangan over filling chese nnt melimpah ruah...
* Inti jangan banyak sangat...(tp ikut tekak korg la jugak)
* jangan terover suhu atau masa...nanti terhangit macam I punye ciss tart..

Selamat mencuba :)

CREAM PUFF

Resepi Puff :(dlm 30 biji lbh kurg)

-1cawan air
-75g buttercup
-1cawan tepung gandum
-3biji telur
Didihkan air dengan butter, masukkan tepung yang dah di ayak, kacau sebati, tutup api, masukkan adunan dlm mangkuk,(saye masak guna periuk kecik jer) kacau bagi adunan suam skit,pastu pecahkan telur 1 per1, bila adunan dah likat, masukkan dalam piping bag, pipe ats loyang yang di gris kemudian renjiskan sedikit air atas puff. Bakar pada suhu 200c (api atas bawah) dlm 15minit, kemudian turunkan suhu pada 180 dan bakar lg selama 10minit.

Filling Puff

Resepi Kastard :
-300ml susu segar/susu cair
-1biji telur gred A
-6sudu besar gula 
-1stengah sudu besar tepung gandum
-1stengah sudu besar tepung jagung
-1sudu besar butter
-1sudu kecil asen vanila
Campurkan kesemua bahan ke dlm kuali kecuali butter, masak dgn api perlahan,kacau sampai adunan menjadi pekat,tutup api,masukkan butter kacau sebati , pipe dlm puff td, ayakkan gula aising utk hiasan.. siap.. senang sgt.
Resepi ni pun cedok dari blog org lain..Yang penting sedap n mesti cuba :)




Monday, 28 May 2012

KEK COKLAT MOISE

Sekarang saye cukup berminat ngan resepi2..kenapakah???nak cuba mcm2 jenis kek ,muffin, coklat....
ni nak kongsi resepi kek coklat versi copy dari internet + reka2 sendiri...hiihii

KEK COKLAT  


  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu kecik baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3/4 cwn minyak bunga matahari (suka hati nak pakai minyak brand ape)
  • 1 cwn gula castor,klu x nak manis sgt leh kurgkn ckit.
  • 1 cwn air suam
  • 1/2 cwn susu pekat..(saye pakai tea pot)
  • 1 cwn serbuk koko (apa2 jenama boleh )
  • 3 biji telur
  • 1sudu kecik esen vanilla

Cara-cara 

  1. ayak dan campur semua tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan ketepikan.  
  2. guna mixer- pukul telur sampai kembang dan masuk gula sampai kembang. 
  3. guna spatula- masuk tepung sikit sikit dan kacau selang seli dengan air suam
  4. masukkan esen vanilla, minyak, susu pekat.  
  5. panaskan oven dulu tau (klu nak bakar)..nanti kek naik x sekata...
  6. boleh kukus atau bakar dlm oven. 180 degre selama 20 ke 30 minit.
  7. Hias dengan coklat cair, badam cincang @ colat rice.@ikut suka..
Inilah rupenye kek coklat ku... :)

Abaikan ape2ape yang comot itu.. :)